
Itu adalah antara muqaddimah buku tulisan Malcolm Gladwell, The Tipping Point. The Tipping Point merungkai punca berlakunya beberapa peristiwa besar dalam sejarah terutama yang berlaku di Amerika Syarikat. Tipping point atau dalam bahasa melayunya, titik pencetus atau waktu bermulanya sesuatu perkara yang memberi kesan yang sangat mendadak. Sebagai contoh seperti kes yang diberi di atas, merebaknya selsema sepanyol pada tahun 1918 pada waktu musim panas, bila mana orang-orang eropah mula bercuti, melancong ke sana ke mari menyebabkan wabak ini merebak dengan cukup pantas. Tipping point dalam kes ini adalah musim panas.
Kajian Kes
Buku ini menjelaskan bahawa tipping point tercipta lantaran 3 sebab utama - pembawa, mesej yang dibawa dan konteks. Hal ini sukar untuk difahami sekiranya tidak dijelaskan dalam bentuk peristiwa. Saya bawakan contoh pertama yang diceritakan di peringkat awal buku ini. Iaitu berkenaan kemenangan penduduk amerika syarikat menentang kolonial british pada kurun ke 18. Kisahnya mengenai seorang pemuda bernama Paul Reverand yang secara tidak sengaja mendengar perbincangan sulit antara sesama tentera british akan kehadiran beramai-ramai tentera British bagi menghapuskan pemberontak yang merupakan penduduk amerika syarikat sendiri. Sebaik sahaja mendapat berita itu, beliau dengan pantas menuju ke kampung-kampung sekitar kawasan yang terlibat dengan peperangan pada waktu malam hari. Satu malam sahaja, berita itu sampai ke setiap telinga penduduk2 kampung. Dipendekkan cerita, peperangan pada waktu itu dimenangi oleh orang Amerika.
Connector, Maven dan Salesman
Dalam kisah di atas, 3 sebab yang cukup menjadi syarat untuk menjadi tipping point kemenangan orang amerika terhadap British. Pertama, pembawanya Paul Reverand. Beliau merupakan orang yang tergolong dalam kelompok connector, maven dan salesman. 3 jenis manusia yang mampu menjadi pencetus keadaan. Dalam buku ini dijelaskan secara panjang lebar siapa itu connector, maven dan salesman. Tetapi secara ringkasnya, connector merupakan orang yang mengenali begitu ramai manusia dari pelbagai peringkat. Mereka yang dikenali sebagai connector tidak takut untuk mencipta kenalan dan mengekalkan hubungan lemah atau weak tie. Lantaran itu, connector seringkali dijadikan agen untuk menjayakan banyak perkara terutama yang berkaitan dengan PR. Di mana sahaja mereka pergi, pasti ada sahaja orang yang mereka kenali dan orang mengenali mereka. Di Malaysia, orang yang tergolong sebagai connector ini biasanya terlibat dalam dunia politik dan perniagaan. 2 bidang yang tidak dapat tidak mesti kenal ramai orang.
Saya ada pengalaman menarik dengan orang yang digelar sebagai Maven ini.Saya teringat satu peristiwa semasa saya berada di dalam penerbangan dari Kota Kinabali ke Kuala Lumpur pulang dari outstation selama 11 hari. Di sana, saya duduk berhampiran dengan seorang pak cik yang kelihatan sangat tenang. Kami memulakan perbicaraan seperti biasa. Apabila saya bercerita tentang kerja saya di Sabah, dia tiba-tiba bertanya macam-macam soalan yang jawapan saya tidak lain sama ada "tidak pasti" atau "tidak tahu". Apabila saya bercerita tentang isu semasa, tanpa disedari saya pula yang menjadi pendengar kepada cerita beliau. Banyak isu yang belum pernah saya faham, saya ketemu jawapan yang sangat munasabah daripada beliau. Pendek kata pak cik ini macam wikipedia. Mungkin conton ini tidak begitu nampak tetapi secara ringkasnya, orang seperti inilah yang dipanggi Maven. Mereka tidak perlu untuk terlibat secara langsung dengan sesuatu perkara untuk mengetahui perkaran itu secara mendalam. Keingingan atau sikap "curious" yang ada pada mereka cukup untuk menjadikan mereka menjadi orang yang sangat bermaklumat.
Akhir sekali salesman atau jurujual. Salesman yang dimaksudkan di sini bukanlah salesman sembarangan. Mereka ialah golongan manusia yang mampu mempengaruhi manusia lain sama ada melalui gaya percakapan mereka atau gerak tari anggota badan. Pendek kata, manusia mudah terikut dengan gaya mereka tanpa disedari hingga langsung tidak terasa bahawa mereka ini sedang dipengaruhi. Mengambil contoh Paul Reverend. Beliau merupakan seorang pemuda yang sangat mengenali ramai orang. Beliau tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyebarkan berita yang penting itu kerana dengan hanya mengetuk pintu beberapa orang yang berpengaruh dalam masyarakat, sekejap sahaja berita itu tersebar.
Mesej
Peristiwa penyebaran maklumat kedatangan British oleh Paul Reverend menjadi titik tolak kemenagan orang Amerika tidak sahaja bergantung pada kemampuan Paul Reverend tetapi juga isi kandunga yang beliau bawa. Bayangkan jika isi kandungan berita tersebut hanyalah mengenai perniagaan beliau atau kisah rumahtanngga beliau atau apa sahaja yang tidak begitu penting pada pandangan masyarakat amerika, adakah berita ini akan disebarkan? Pasti tidak, sebalinya berkemungkinan besar beliau akan dibelasah dan dihumban ke perigi buta waktu itu juga. Ketuk rumah orang 3 pagi cuma nak beritahu dia kena marah bini. Sebaliknya berita yang hendak disampaikan adalah berita yang sering menjadi kerisauan yang terama- sangat dikalangan masyarakan amerika pada waktu tersebut. Sudah pasti berita seperti cukup ditunggu-tunggu ketibaannya.
Keupayaan Konteks
Bayangkan sekiranya Paul Reverend seperti dalam peristiwa di atas menerima berita kedatangan tentera British pada siang hari dan kemudian menyebarkannya pada waktu itu. Mungkin kesannya tidak begitu hebat. Tidak sukar melaksanakan urusan pada waktu siang. Sebaliknya waktu malam yang gelap gelita beliau menyebarkan berita itu. Mengetuk pintu dari rumah ke rumah. Sudah pasti berita yang hendak disampaikan itu tidak boleh dipandang ringan. Hanya urusan yang sangat penting sahaja layak dilaksanakan pada waktu sebegitu. Mungkin inilah yang bermain di fikiran penduduk kampung yang menerima berita dari beliau pada waktu tersebut. Konteks yang berbezar akan memberikan kesan yang berbeza. Bayangkan jika kita menerima panggilan telefon oleh seorang saudara di kampung pada jam 3 pagi. Pastinya urusan yang hendak disampaikan tersangatlah mustahak pada pandangan kedua belah pihak berbanding dengan panggilan telefon oleh seorang pelanggan pada jam 2 petang. Mungkin ini juga mustahak, tetapi mood penerimaan kita terhadap panggilan jam 3 pagi oleh seorang saudara di kampung tentu sekali jauh berbeza dengan mood penerimaan panggilan pelanggan pada jam 2 petang waktu bekerja. Inilah dia keupayaan konteks dalam membentuk kesan yang mampu menjadi tipping point.
Negative Tipping Point
Tipping point boleh terjadi kepada peristiwa yang baik ataupun buruk. Amalan bunuh diri secara beramai-ramai di Jepun suatu ketika dahulu dan kemalangan demi kemalangan yang dialami di negara ini adalah kesan langsung selepas berlakunya sesuatu yang dipanggil tipping point. Begitu juga dengan budaya rempit dan jenayah ragut yang meningkat. Kesemua ini tidak berlaku secara tiba-tiba tanpa ada sebab yang menjadi pencetusnya. Malangnya, penyebab itu masih kabur dari pandangan kita semua. Maka, marilah kita mencarinya ..